Uniform terbaruku...
Dua bulan yang lalu di KFC mersing, aku sedang beratur menantikan giliranku. Aku memilih kaunter yang cashier tercantik antara yang ada. Sayangnya, kaunter itu sangat-sangat perlahan perkhidmatannya. Aku mula memikirkan tentang kata-kata kawanku bahawa yang cantik itu perlahan, yang cantik itu penyakit dan yang cantik itu sering mengecewakan. Namun setelah aku teliti cara pengendalian gadis kaunter itu, nampak jelas dia pekerja baru yang masih mencari rentak dalam tugasnya. Kena pulak dia dia melayan seorang pelanggan yang pelbagai macam permintaannya. Akhirnya tibalah giliranku.
"Selamat tengahari encik, makan disini atau bungkus?", sapa gadis itu. "Saya nak bungkus. Bagi saya cabonara satu bagedil lebih ye", selamba aku membuat tempahan. "maaf encik, itu semua tiada dalam menu. Boleh tukar order?", dia masih tersenyum walau tau aku bergurau. "ooo..tak ada ye, bagi snack plate satu, dengan nombor talifon awak sekali ye..", sekali lagi aku mencuba nasib. "Maaf encik, saya tak boleh beri. Encik jangan marah ye", katanya lagi. Penolakkan yang baik memberitahuku dengan jelas yang gadis ini baik, murah senyuman dan pandai mengawal diri. Aku tidak kecewa dengan penolakkan yang sebegitu lembut dan sopan. Lalu aku bertanya lagi, "Adik ni baru masuk kerja ya?, dah berapa lama kerja?". "hari ni hari pertama dan encik pelanggan ketiga saya. Maaf kalau layanan saya tidak bagus", dia memberitahu dengan jelas. Aku kagum dengan kesungguhannya, lalu berkata "Good luck ye adik. Banyakkan bersabar kerana 'The first day is always the taughest!!, tapi dengan kesabaran dan kesungguhan mesti boleh! Kata orang tua alah bisa tinggal biasa. Bertahan ye'. "Terima kasih encik, saya akan ingat pesanan encik. Pertama kali orang yang saya tidak kenali mengucapkan kata-kata peransang semangat. Ini bungkusan encik, ada apa-apa lagi tambahan order?", dia menjawap. "Itu sahaja", jawabku sambil berlalu pergi dengan segera kerana barisan semakin panjang dibelakangku.
Hari ini hari bersejarah buatku, tanggal 1 nov 2011 hari pertama aku bertugas di KFC Tesco, Bandar Seri Alam, Masai. Pada awalnya aku diberitahu akan bertugas sebagai cashier seperti awek yang aku ceritakan tadi. Ohhh..mungkinkah aku sehebat gadis itu, atau mungkin aku lebih teruk? Pagi tadi aku mula bertugas, 'Punch Card' jam 7 pagi. Aku diubah tugas kepada tukang goreng yang bertugas didapur untuk menggoreng ayam dan lain-lain pesanan. Agak kecewa, tetapi memikirkan yang aku perlukan tugas tanpa tekanan berfikir yang banyak, membuat aku kembali ceria. Suasana ruang kerja yang kelihatan seronok serta pengurus yang ceria membuat aku turut gembira. Adakah aku juga akan memiliki kata-kata peransang semangat dari orang luar? Aku belum pasti, tetapi terima kasih aku ucapkan kepada keluargaku yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk aku lebih berjaya. Terima kasih atas ucapan maju jaya dari kawan-kawanku di telefon, di facebook dan semua yang mendoakan aku.
Siang aku bekerja, malam masuk ke kelas kursus pemandu palancong IPPJ di KOMTAR dan hujung minngu outing bersama rakan sekelas dan pensyarah. Kesibukan bandaraya Johor Bahru makin terasa. Semoga aku memiliki kecekalan, kesungguhan dan kesabaran demi kemajuan. Rabbi Yassir Walla Tuassir...permudahkanlah segalanya buat diriku Ya Allah, aku hanya insan kerdil yang tiada nilai berbanding dengan kebesaranMu. KepadaMu aku berserah, kurniakanlah rezeki dan ilmuMU yang tiada taranya buat diriku. Amin Ya Rabbal Alamin...
Amin..................
ReplyDeleteSemoga berjaya.!!! Semoga aku berjaya juga.!!!!
ye...sama2 la kita menuju kejayaan.
ReplyDeletegambate..
ReplyDeletechaaaayyyookkk aus!!!!
ReplyDelete-odah-