Monday, November 14, 2011

Marilah berjemaah....

Dua tahun yang lalu aku membawa seorang pakcik kegemaranku, Tuan Shiekh Abu Bakar ke sebuah upacara pengebumian seorang saudara kami. Aku ditugaskan memandu kerana pakcikku ini bermasalah memandu pada waktu malam untuk perjalanan pulang. Sepanjang perjalanan kami melaksanakan solat jamak dan qasar secara berjemaah. Ketika perjalanan pulang sesudah melaksanakan solat maghrib di Johor bahru, kami berbual sepanjang perjalanan. Ikuti dialog pendek kami ini.

Pak Shiekh (PS) : Berapa dah umur kamu?
Aku (A) : 27 Ami (gelaran ini bermaksud pakcik, digunakan dalam keluarga sebelah ayahku. FYI gelaran ini juga yang anak buah aku gunakan untuk memanggilku).
PS : Ohhh... Muda belia lagi. Solat cukup tak? (pehhhh..kejam maut soalan dari dia!!!)
A : Ermmmm...ikut mood Ami. Kadang terjaga baik, kadang berterabur.. Maaf Ami..
PS : Orang muda...pemalas jaga solat. Muda susah mati eh? Tapi jangan terasa hati dengan teguran Ami ni   tau! Bukan nak marah, tapi sebagai peringatan dan tanggungjawab.
A : Tak apa Ami, tak marahpon. benda betul tu. Saya akan cuba perbaiki kelemahan diri.
PS : Nak Ami ajarkan satu ilmu matematik tentang solat untuk mudahkan kamu? Untuk mengejar balik semua solat yang kamu dah tinggalkan tu?
A : Nakkkk!!! (Aku excited giler...ada ilmu mudah untuk solat? boleh kejar balik semua yang tertinggal??? ada ker???)

PS : Bersolat berjemaah la jawapannya. Umur kamu 27 tahun, mudah sangat pengiraannya. Lepas ni kamu jangan tinggalkan solat berjemaah walau satu waktu sekalipon. Satu solat berjemaah memberi ganjaran 27 kali ganda. Setahun solat jemaah bererti kamu dah memiliki fadilat solat selama 27 tahun. Matematik untuk solat mudahkan?
A : A'ah..bunyik macam mudah jek. Tapi mampu ke saya?
PS : Kenapa tak mampu? Itu baru fadilat berjemaah. Tak dicampur pahala kamu orang muda yang sedang gigih bekerja, mendengar azan dan bergegas meninggalkan tugas demi solat. Tentunya lebih pahala.
A : Wahhh! Itu macam pahala tersembunyi..
PS : Allah SWT sangat mengasihi kita umat Nabi Muhammad SAW. Kita tak diberikanNya usia yang panjang seperti umat nabi-nabi terdahulu. Nabi Nuh AS sebagai contoh, memiliki usia ribuan tahun sedangkan Penghulu segala nabi iaitu nabi kita Muhammad SAW hanya berusia 62 tahun. Tetapi ganjaran yang kita perolehi mengatasi ibadah ribuan tahun umat nabi terdahulu. Ingat kisah Isra' mehraj?
A : Kisah tentang 50 waktu solat sehari semalam tu ke Ami?
PS : Ya! Kita dapat diberikan diskaun tanpa dikurangkan pahala! Tak puas hati lagi? Tapi cuba buat seupaya mampu sahaja. Zaman nabi setiap kali Bilal melaungkan azan, semua akan bergegas ke masjid bersolat. Kita juga sepatutnya begitu, tapi Allah memberi kelonggaran selagi dalam waktu. Masih boleh berjemaah, asal ada lebih dari seorang. Seorang imam dan seorang makmum. Ingat, boleh jadi berdosa kiranya ada 3 lelaki bersolat di tempat yang sama pada waktu yang sama tetapi tidak berjemaah.
A : Baik Ami. Terima kasih atas tunjuk ajar. Saya akan ubah pendirian diri lepas ni.

Dan setelah perbualan itu, aku sangat terkesan dihati. Umurku dibandingkan dengan solatku hanya setahun jaraknya? Maka aku cuba untuk berubah. Merapatkan diri dengan masjid sedaya mampu. Mencari masa berjemaah sambil melaksanakan tugasan harian. Sedikit hasil sebagai lambang kemajuan diri, aku berjaya membuang rasa kekok berada disamping warga-warga emas di masjid. Kerana itu aku berjaya menjadi bilal part time..

Kini...
Aku berada di Bandaraya Johor Bahru. Segala disini pantas, laju dan terkejar-kejar. Aku melakukan satu hijrah yang menarik. Meletakkan diri dalam kedudukan berjihad dengan caraku sendiri (MY Way..The Bentrish Way) FYI Tuan Shiekh Abu bakar juga seorang BENTRISH. Family name/ Sir name keluarga kami. Disini suasananya berbeza. Aku belum memiliki masjid kegemaran. Masjid berhampiran rumahku walaupun ber'ekon' belum dapat menambat hatiku. Ditambah masa kerja dan waktu kelas malam. Aku tak berkesempatan berjemaah di masjid melainkan di surau tempat aku bekerja, surau di KOMTAR JB tingkat 18 dan bersendirian dirumah.

Bertuahnya di kelas malam, aku memiliki seorang tenaga pengajar yang bernama Tuan Haji Sulaiman. Bezanya di kelas dialah guruku, tetapi ketika solat, katanya "saya dah mengajar kamu ilmu dunia, saya didepan kamu sentiasa, ketika solat saya ingin kamu didepan saya. Jadi Imam saya. Solat berjemaah kita pada hari pertama saya dah dengar bacaan solat kamu. Maka saya nak kamu sentiasa jadi imam setiap kali kita solat bersama. Ini dapat merapatkan hubungan kita dan kamu jadi kawan saya. bukan sekadar murid." Maka officially aku dah memiliki seorang makmum regular untuk waktu maghrib setiap malam yang berkelas. Agak pelik kaedah guru-guru sekarang mengajarkan? anak murid diberikan keyakinan ke depan.

Namun malangnya, pemerhatian aku menggambarkan ramai muslimin mengerjakan solat di surau-surau tanpa solat berjemaah (yang tak solat jangan kira la). Aku jadi keliru pada mulanya. Aku teringat kata-kata pakcikku, jika ada 3 orang bersolat ditempat yang sama pada waktu yang sama tetapi tidak berjemaah boleh jadi berdosa. Tetapi siapa yang nak mulakan? kenapa semua orang ambil tempat masing-masing dan bersolat sendirian? Tak ada ke orang yang nak ambil langkah menjadi imam. Kalau tiba-tiba aku Iqamah, sape yang nak ke depan menjadi Imam?

Setelah beberapa minggu menjadi imam kepada Tuan Haji Sulaiman, serta dengan latihan intensif berucap didalam kelas saban malam, aku menjadi lebih berani. Akhirnya setiap kali waktu solat, sekiranya ada yang mengambil wuduk bersamaku, terus aku menyapa, solat zohor/asar ke bang? Kita berjemaah ye..abang nak Imam atau saya? Saya? baik abang qamat ye.. Kemudian segalanya menjadi lancar. Bila yang lain datang, mereka terus menyertai kami kerana sudah ada imam didepan. Maka sekarang aku telah automatik dinaikkan taraf menjadi Imam Part Time di Surau Tesco Seri Alam dan Surau KOMTAR tingkat 18. Risau dengan perkataan Imam, Allah sahaja yang tau. Takut...YE!! Memang aku takut... Tapi nampaknya seseorang perlu kedepan untuk mendapatkan 27 kali ganda pahala.

Aku benar-benar berharap kisah ini tidak menjadikan aku berbangga, takut dan risau silih berganti ketika sedang aku menyiapkan entry ini. Jangan berlagak alim la daus, ko masih tertinggal solat satu dua waktu. Aduh...cuma bezanya tertinggal solat sekarang menjadikan aku panik dan geram pada diri sendiri. Berdosanya aku. Perlu lebih banyak berjemaah dan lakukan solat sunat sebelum nyawaku diambilNya.

Kawan-kawan pembaca, marilah kita bersama-sama melaksanakan solat berjemaah. Jadi Imam tak susah, sama macam solat sendirian. Semoga sedikit kisah hari ini dapat mengubah sesiapa diluar sana. Ampun maaf jika ada salah tafsiran aku disini...

5 comments:

  1. pendekatan yang berguna..matematik solat paling best..

    ReplyDelete
  2. mudah sebenarnya kan??? antara malas dan nafsu aje la..

    ReplyDelete
  3. Pernah satu waktu aku solat berdua...tapi bila lepas beri salam lebih dari 10 org makmum aku. pehhh..berderau kejap darah aku.

    ReplyDelete
  4. entry yang menarik & buat kita lbh bfikir..yes..point formula matematik tu plg best :-)

    ReplyDelete
  5. seperti biasa, ini kisah benar dan itu juga teori sebenar.. tokok tambah sikitttttt je tu..

    ReplyDelete