Saturday, December 3, 2011

Bersabarlah wahai hati...

Standart biasa tengah malam ketika hati aku berdebar, mesti aku datang mood nak menulis...

Tapi tak tau mana nak mulakan, sila ikuti dengan sabar ye...

Allah berfirman di dalam Surah Ar-Rahman ayat 70-78.
70. Didalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik dan jelita.
71. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
72. Bidadari-bidadari yang di pelihara di dalam khemah-khemah.
73. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
74. Mereka sebelumnya tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin.
75. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
76. Mereka bersandar pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani indah.
77. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
78. Mahasuci nama Tuhanmu Pemilik Keagungan dan Kemuliaan.

Hatiku sedang bergelora, fikiranku sedang melayang entah ke mana. Apabila memikirkan nasib diri, kesuntukan masa, tiada rezeki, jodoh, ilmu dan pelbagai perkara yang menyerabutkan, aku hampir hilang pedoman. Ingatan dari guruku, mengatakan mengadulah pada Allah SWT. Jika kita nak mengadu dan bercakap dengan Allah, dirikanlah solat. Jika kita ingin mendengar kata-kata dari Allah, maka bacalah dan hayatilah Al-Quran. Jika inginkan panduan maka amatilah hadis dan sunnah dari Rasullullah SAW.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?", apa itu nikmat? Adakah nikmat bererti perkara-perkara yang hanya menggembirakan? Adakah kita pernah terfikir yang perkara buruk juga ada nikmatnya?

Dikurniakan kecantikan itu NIKMAT, dihadiahkan kegembiraan itu NIKMAT, berjaya dalam usaha itu NIKMAT. Bagaimana dengan kegagalan? Bagaimana dengan putus cinta? Bagaimana dengan penyakit? Adakah NIKMAT didalamnya?

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"
Tentulah itu juga nikmat. Allah hanya memberikan perkara yang baik-baik untuk kita, tetapi, sudut kebaikan itu perlulah kita cari sendiri. Antara contoh, kegagalan bercinta, NIKMATnya kita lebih berhati-hati dalam memilih cinta yang kemudian. Mendapat ruang dalam mencari rentak kehidupan yang baru. Dapat menginsafi beberapa perkara yang kita terlepas pandang...dan mungkin dengan kegagalan itu kita dapat mencungkil rahsia-rahsia yang tidak pernah kita ketahui sepanjang perkenalan kita.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"
Gembira itu nikmat, bersedih juga nikmat. Terpulang kepada kita mencari jawapan dari persoalan. Janganlah  dibebankan diri dengan permasalahan. Carilah jawapan, penawar dan kegembiraan dalam kedukaan.

TETIBA aku jadi macam bodoh dan tak tau apa lagi aku nak tulis. Maaf sampai disini dulu, mungkin jika ada idea dan kelapangan, aku akan mengulas tentang nikmat ini dengan lebih lanjut. Adakah kehilangan idea ini NIKMAT? barangkali kehilangan idea dan kata-kata ini berfaedah pada masa hadapan. Siapa tahu..kan?




5 comments:

  1. X pernah terfikir, kesedihan tu satu nikmat gak. supaya kita sentiasa kembali kepada Nya. huhuhu~

    ReplyDelete
  2. aku nak kupas banyak lagi...tp aku kehilangan kata2. nanti aku kembangkan semula isinye ye..

    ReplyDelete
  3. Sy sgt suka dengan ayat ni -> Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui (Surah Al-Baqarah ayat 216).

    Nikmat dtg dlm pelbagai bentuk & rupa..Mungkin kita rasa tu ujian, kesusahan bagi kita, tp mungkin kenikmatan akan dtg di kemudian hari..Ibarat bersusah payah utk bercucuk tanam tetapi hasil di kemudian hari itulah nikmatnya. Sentiasa belajar bersyukur dan terus bersyukur..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...ada yang sudah melihat maksud kisah penceritaan saya. Harap kisah xabis ni boleh memberikan sesuatu kepada sesiapa di luar sana...

    ReplyDelete
  5. tapi ayat tu dalam entry lain la mysoulz..

    ReplyDelete