Saturday, December 3, 2011

Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama ain & epul.


Diam-diam je setahun dah berlalu. Rasa macam semalam je aku baru jadi pengapit korang berdua. Aku ingat dengan sangat jelas segala perkara sebelom, semasa dan sesudah majlis...baik di Parit Kemang mahupon di Mersing.

Antara ingatan yang aku nak kongsikan...
Jumaat hari pernikahan 3/12/2010
Aku pulang dari solat jumaat, bergegas amik beg, dalam keadaan lapar aku memandu laju sebab nak makan tengahari bersama epul. takut epul tak lalu makan sebab risau nak nikah. Sampai-sampai je umah epul, tengok kepala dia benjol kaw-kaw punya. Dia buat kerja kedai tanpa guna otak, ye la otak dia bakal bini dia dah control masa tu. Epul terhantuk kereta sorong tong gas. Aku rasa macam nak marah, malam ni ko nak nikah, petang ni pulak kepala ko benjol. jelas sangat pulak tu.. Dah kena tuam dengan air panas, menjerit-jerit dia menahan sakit. Malu la pengantin hensem tapi kepala ada jendol.

Petang tu kami bertolak ke batu pahat, epul buat-buat rilek sepanjang waktu. Tapi aku dengan ejai tau dia gugup. nak kawin beb...wish come true. Kalau aku camne agaknyer? Kita berkampung kat umah abg epul dlm Kuitho. noting special happen..

Malamnyer...aku dah pakai baju melayu macam aku yang nak nikah. Pada aku malam tu aku merupakan orang yang sangat penting. Keselamatan epul, ketenangan epul, kefokusan epul perlu aku perhatikan, doa aku semoga segalanya berjalan lancar. Pada aku pemakaian baju melayu semasa orang kawin bermakna orang itu sangat penting dan rapat dengan pengantin. Epul sahabat terapat yang aku ada, segala pengalaman aku kongsi dengannya, jadi aku memaksa diri berbaju melayu, kerana terasa kepentingan itu. memang penting rupenyer, selain dr mencantikkan gambar, aku terpaksa menjadi saksi pihak lelaki. nasib baik aku bawak IC. kuang ajo punya epul...xcakap aku kena jd saksi. takot wooo...jadi saksi dh menakotkan apetah lagi nak menikah.

Dan dengan sekali lafaz ain telah menjadi milik mutlak epul. Automatiknya...ain haram untuk dingorat!!! perkataan sah dr saksi akad melegakan aku. Aku seorang yang sensitif..nasib baik aku xnangis macam mak epul...hehehe. Segalanya berjalan lancar, benjol di dahi epul langsung tak kelihatan, ain sangat-sangat cantik dengan pakaian pengantin. Aku xpernah tengok ain secantik malam tu sebelom ni...

kami bergambar sakan...beribu-ribu shoot diambil oleh fahmi(kameraman). Akhirnya bergambar hingga ke katil. Masa ni lawak giler babi...pengantin berdiri di atas katil, berpelukan bergambar..kemudian fahmi mengarahkan semua budak2 kecik turut naik atas katil, lepas tu diorg melompat-lompat...dan...katil pengantin patah...hahahahha. belom malam pertama katil diorang patah???? macam mana nak buat? Abah ain terlupa memasang satu kaki katil di bahagian tengah katil, sudahnya kami terpaksa bertungkus lumus menegakkan katil tu semula...

Setelah selesai segalanya, kami pulang ke batu pahat, epul ikut...dia xblh projek lg sebab katil xkuat. dah bengkok...hahahaha. Sesuatu yang lebih membuatkan aku geram, selamba je epul kata..."Daus, esok ko la pengapit aku!"...pehhhh. aku dh la penakut, cepat berpeluh, xensem, baju melayu bawak selai jek..itupn dh pakai malam tu...terpaksa esok pakai semula. dah masuk dlm kemera baju yang sama...takut plak lagi. epul-epul....nasib baik ko kawin sekali jek. kalau banyak kali naya la aku...

cukup la sampai sini...malas pulak nak ceritakan kisah sanding...macam xabis2.

Shaiful dan Norain.
Mereka sahabat yang umpama saudara sedarah denganku...
Mereka pasangan yang ke3 terhebat selapas mak pak dan akak aku..
Aku menikmati perkahwinan mereka seikhlas hatiku..
Semoga kalian berdua berbahagia sepanjang waktu..
Tiada hadiah dariku, sejak hari kawin mahupun ulang tahun mu..
namun doa buat kalian xpernah lekang dr bibirku..

Selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang pertama.
Tahniah...

2 comments:

  1. Daus, hehe smlm dah baca. ari ni baru smpt komen. huhuhu.

    weh, mak epul ngis ek mlm tu? aku xtau. sbb aku nmpk mak aku je ngis. abah aku? ngis dlm hati kot. haha.

    ko ngate katil aku ye? xpe la, at least aku ada pengalaman itu. hahahha.!!!

    tp bab benjol tu mmg aku x perasan klau wani x bg tau. in fact, mlm tu pon aku mmg x nmpk benjol dia pon. magic.!! hehehehe. :P

    lastly, tanpa adiah, xpe. cukup la dgn doa moga hubungan kitorang kekal hingga ke syurga.!!!

    ReplyDelete
  2. ain...sudut pandang seseorang dengan orang lain banyak bezanya. Kalau kita xberkesempatan bersama dalam menikmati hari2 sehebat itu, kita akan rasa kekurangan. Aku bersyukur sebab dapat menyertai majlis korang. Semoga sampai masa aku, korang jugak ada bersama dengan aku.. kalau ada la majlis untuk aku...

    ReplyDelete