Sunday, December 15, 2013

I'm back..

Assalamualaikum....

Setelah setahun mendiamkan diri, hari ini aku kembali menulis didalam blog yang tidak berpengikut ini. Tujuan penulisan kembali adalah untuk menajamkan pemikiran, melatih penulisan, berkongsi ilmu dan mengespresi diri semahunya dalam keadaan minda yang tenang, matang dan bergaya. Terima kasih kepada sesiapa yang pernah mengikuti penulisanku sebelum ini...nah kini aku kembali menulis kerana aku telah membeli komputer baru dan aku telah mendapat pengalaman setahun didalam kesepian dan jerit payah mengharungi kehidupan. Aku semakin berjaya menghampiri impianku...

Hari ini aku bergelar seorang Pemandu Pelancong/ Tourist Guide Berlesen (Freelance) yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia dan seorang Tour Leader (Freelance) yang banyak berkhidmat kepada POTO Travel & Tours Sdn Bhd serta menjadi Sales Representative untuk BT Tune Holidays & Services Sdn Bhd. Dengan tugas yang pelbagai aku telah merantau keseluruh negara dan rantau Asean. Jadi blog ini kembali ku buka demi berkongsi pengalamanku yang baru setahun jagung menjadi PLAYER dalam industri pelancongan negara secara berlesen. Semasa entry ini dibuat, aku sedang duduk disuatu sudut sebuah hotel di Cameron Highland. Inilah tempat dimana pengalaman Tour aku yang pertama dalam sejarah. Selepas genap setahun, aku masih disini dan Cameron Highland telah menjadi tempat kesukaanku ketika bertugas. Sayangnya hotel ini tiada aircond...hehehehe.

Usia mematangkan diriku. Aku telah berjaya memperolehi lesen pemandu pelancong pada 8 Dis 2012 bersamaan hari lahirku yang ke 30. 8 Dis 2013 yang lalu aku telah genap setahun menjadi TG, nampaknya tarikh lahirku sangat bertuah kerana bukan sahaja lesen memanduku malah lesen TG aku juga setiap tahun perlu di renew pada tarikh yang sama.  Terima kasih kepada ibuku kerana telah melahirkan aku pada tarikh tersebut. Setiap tahun bulan disember akan menjadi bulan yang paling sibuk buatku, apatah lagi telah memasuki dunia industri pelancongan yang mana disember merupakan peak season cuti sekolah!

Pada 12 Mei 2012 aku telah lulus dalam Ujian Kursus Tour Leader Tahap I & II anjuran SHINE Academy dan secara rasminya telah menjadi Tour Leader untuk POTO Travel & Tours Sdn Bhd. Satu kursus yang menarik dan ujian yang hebat namun jika dibandingkan dengan Ujian Pemandu Pelancong ia tidak seberapa. Ramai teman sekelasku yang gagal, sama seperti TG juga. Aku tetap berjaya menempatkan diri...Alhamdulillah aku bersyukur diatas permberianMu Ya Rabb, aku masih memiliki pemikiran yang tajam dalam menjawap peperiksaan baik lisan mahupun bertulis. Buat teman-teman yang gagal dan ketinggalan, jangan berputus asa dan terus maju. Semasa entry ini ditulis, aku telah menjadi Tour Leader (TL) beberapa kali iaitu Bandung, Indonesia 6-9 Jun 2012, Singapore 14-16 Sept 2012, Seoul, Korea 3-8 Nov 2012 dan sekarang sedang bersedia untuk Beijing, China 5-11 Jan 2014.

Terima kasih tidak terhingga buat kedua ibu bapaku, kakak dan adik-adikku, seluruh keluargaku serta sahabat-sahabat yang memberikan dorongan dan semangat buatku ketika menghadapi cabaran dan dugaan. Terimalah penulisanku yang baru pada masa mendatang. Jangan terkejut jika nama kalian akan kusertakan sekali didalam blog kecilku ini.

Rabbi Yassir Walla Tuassir, permudahkanlah Ya Allah jalan kejayaan buatku, Kejayaan DiDunia dan DiAkhirat.