Tuesday, December 6, 2011

NASIHAT SHEIKH ABD AL-QADIR AL-JAILANI

Kisah ini aku ambil dari sumber yang lain, aku kongsikan disini sebagai ilmu buat pembaca sekalian.
Inilah nasihat dari SHIEKH ABD KADIR AL-JAILANI

“Jangan kamu mendakwa diri menjadi Tuhan. Jangan kamu mendakwa diri menjadi Nabi!” pesan Sheikh Abd al-Qadir al-Jailani kepada muridnya.
Tergamam.

Anak murid yang lama mengaji dengan sheikh itu terkejut dengan nasihat yang diterima.
“Bagaimana mungkin engkau mengandaikan aku boleh membuat dakwaan sebegitu rupa, setelah aku lama menuntut ilmu denganmu?” tanya anak murid itu kepada gurunya.

Lalu Sheikh menceritakan sebuah kisah yang berlaku kepada seorang lelaki soleh di Delhi. Beliau telah menimbulkan kontroversi tatkala mengungkapkan kata-kata yang sungguh luar biasa.
“Engkau bukan Allahku dan aku bukan hambamu!” kata lelaki soleh itu.
Setiap yang mendengar terkejut.

Kata-kata itu sungguh berbunyi kekufuran dan seluruh mereka yang mendengarnya menghukum beliau dengan kufur.

Namun seorang hadirin datang kepada lelaki soleh berkenaan dan bertanya, “mengapakah engkau berkata demikian?”
Lelaki tersebut menjawab, “Nafsuku menyuruh aku berbuat maksiat. Aku berkata kepadanya bahawa engkau bukan Allahku dan aku tidak akan menurut kehendakmu kerana aku bukan hambamu!’
Lalu Sheikh Abd al-Qadir al-Jailani menyambung nasihatnya kepada si anak murid, “Jangan engkau mendakwa dirimu sebagai Allah, tatkala engkau mahukan semua kehendakmu berlaku. Engkau mahu semua yang engkau hajatkan menjadi kenyataan. Ketika engkau mempunyai harapan yang begitu, engkau seperti mendakwa dirimu Tuhan. Kerana hanya Tuhan yang berhak begitu!”
Harapan yang tinggi mesti disertakan dengan sifat kehambaan.

Jangan harapan itu menimbulkan rasa kecewa apabila ia tidak kesampaian, hingga kita terlupa kita hanyalah hamba. Hamba yang boleh berharap, namun segalanya pulang kepada kehendak Tuhan.
“Jangan pula engkau mendakwa dirimu seorang Nabi, yakni tidak kira setinggi mana engkau berusaha mencapai Taqwa dan pembaikan diri, jangan sesekali engkau merasakan dirimu tidak bersalah dan tidak berdosa. Sesungguhnya yang bersih dan terpelihara daripada dosa itu hanyalah seorang Nabi yang maksum.
Oleh itu, tidak kiralah berapa lama engkau telah mendampingi gurumu, jangan sesekali engkau menyangka yang tiada kesilapan yang berlaku pada perjalanan hidupmu hingga engkau terjebak kepada apa yang telah aku nasihatkan kepadamu itu”

Demikianlah nasihat Sheikh Abd al-Qadir Jailani kepada anak muridnya.

Nasihat yang turut perlu dihayati oleh setiap kita yang sedang meniti jambatan Taubat meninggalkan hitam semalam kepada kejernihan esok.

Sunday, December 4, 2011

Harus pejam mata dan cuba apa saja...

~lirik lagu nyanyian Najwa Latif~

Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan dan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja...

*Sebahagian dari lirik lagu bertajuk CINTA MUKA BUKU....

I don't even know about this song..
Entah siapa penyanyinya, entah apa maksudnya, entah apa tujuan lagu ini diciptakan. Tetapi semalam aku mendengar lagu ini dinyanyikan oleh anak saudaraku. Anak kecil yang baru mencapai usia  6 tahun minggu lalu menyanyikan lirik lagu ini dengan jelas. Queraisyah Aleeya anak saudaraku mengatakan, "Ami, buka Youtube la..dengar lagu yang kita suka ni. best tau... dengarlah...dengarlah..". Mana mungkin aku tidak mendengar katanya. Dia saja permata hatiku, setiap permintaannya pasti aku turuti. Aku menghayati lagu ini..

Otak kata jangan hati pula kata ya, harus pejam mata dan cuba apa saja...

Lirik ini seperti nasihat.. Nasihat untuk aku melakukan sesuatu yang aku rasa salah tapi aku perlu lakukan untuk kepentingan diriku sendiri. Lirik ini seolah-olah menggesa aku melakukan sesuatu yang diluar dari pegangan prinsipku. Demi kepentingan diriku sendiri... Demi kepentingan diriku sendiri.. Demi kepentingan diriku sendiri..

Banyak soalan dan banyak juga jawapannya, kata hati dan rasa tak dibiar saja..

Persoalan dan jawapan yang pelbagai.. Didalam menghadapi satu lagi persimpangan hidup, apa yang perlu aku ikuti? Kata hati dan rasa sering bercanggah dengan kepintaran akal dan otak. Otak kata tak boleh tapi hati kata nak..

Kenapakah aku tidak mendapatkan apa yang aku idam-idamkan?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui (Surah Al-Baqarah ayat 216).

Maka yang manakah sesuai untuk diriku? Jalan manakah yang perlu ku tuju?

Kenapa perlu rasa kecewa?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Surah Al-Imran ayat 139)

Maka perlukah aku ikut kata hati? atau perlukah aku mengikut nilai-nilai murni yang telah di terap oleh ibubapaku?

 Bagaimana aku harus menghadapinya?
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Surah Al-Imran ayat 200) Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Surah Al-Baqarah ayat 45)

Apa yang aku dapat dari semua ini?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. (Surah Al-Taubah ayat 111)

Kepada siapa aku berharap?
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada yang lain selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. (Surah Al-Taubah ayat 129)

Apakah aku dapat bertahan?
...dan jangan kamu putus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kamu yang kafir. (Surah Yusuf ayat 87)

Rabbi Yassir Walla Tuassir...
Permudahkanlah perjalanan hidupku ya Allah...
Kurniakanlah permintaan kecilku ini..
Jika benar apa yang sudah tersurat, maka Kau ajarkanlah hati ini untuk meredhai..

Saturday, December 3, 2011

Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama ain & epul.


Diam-diam je setahun dah berlalu. Rasa macam semalam je aku baru jadi pengapit korang berdua. Aku ingat dengan sangat jelas segala perkara sebelom, semasa dan sesudah majlis...baik di Parit Kemang mahupon di Mersing.

Antara ingatan yang aku nak kongsikan...
Jumaat hari pernikahan 3/12/2010
Aku pulang dari solat jumaat, bergegas amik beg, dalam keadaan lapar aku memandu laju sebab nak makan tengahari bersama epul. takut epul tak lalu makan sebab risau nak nikah. Sampai-sampai je umah epul, tengok kepala dia benjol kaw-kaw punya. Dia buat kerja kedai tanpa guna otak, ye la otak dia bakal bini dia dah control masa tu. Epul terhantuk kereta sorong tong gas. Aku rasa macam nak marah, malam ni ko nak nikah, petang ni pulak kepala ko benjol. jelas sangat pulak tu.. Dah kena tuam dengan air panas, menjerit-jerit dia menahan sakit. Malu la pengantin hensem tapi kepala ada jendol.

Petang tu kami bertolak ke batu pahat, epul buat-buat rilek sepanjang waktu. Tapi aku dengan ejai tau dia gugup. nak kawin beb...wish come true. Kalau aku camne agaknyer? Kita berkampung kat umah abg epul dlm Kuitho. noting special happen..

Malamnyer...aku dah pakai baju melayu macam aku yang nak nikah. Pada aku malam tu aku merupakan orang yang sangat penting. Keselamatan epul, ketenangan epul, kefokusan epul perlu aku perhatikan, doa aku semoga segalanya berjalan lancar. Pada aku pemakaian baju melayu semasa orang kawin bermakna orang itu sangat penting dan rapat dengan pengantin. Epul sahabat terapat yang aku ada, segala pengalaman aku kongsi dengannya, jadi aku memaksa diri berbaju melayu, kerana terasa kepentingan itu. memang penting rupenyer, selain dr mencantikkan gambar, aku terpaksa menjadi saksi pihak lelaki. nasib baik aku bawak IC. kuang ajo punya epul...xcakap aku kena jd saksi. takot wooo...jadi saksi dh menakotkan apetah lagi nak menikah.

Dan dengan sekali lafaz ain telah menjadi milik mutlak epul. Automatiknya...ain haram untuk dingorat!!! perkataan sah dr saksi akad melegakan aku. Aku seorang yang sensitif..nasib baik aku xnangis macam mak epul...hehehe. Segalanya berjalan lancar, benjol di dahi epul langsung tak kelihatan, ain sangat-sangat cantik dengan pakaian pengantin. Aku xpernah tengok ain secantik malam tu sebelom ni...

kami bergambar sakan...beribu-ribu shoot diambil oleh fahmi(kameraman). Akhirnya bergambar hingga ke katil. Masa ni lawak giler babi...pengantin berdiri di atas katil, berpelukan bergambar..kemudian fahmi mengarahkan semua budak2 kecik turut naik atas katil, lepas tu diorg melompat-lompat...dan...katil pengantin patah...hahahahha. belom malam pertama katil diorang patah???? macam mana nak buat? Abah ain terlupa memasang satu kaki katil di bahagian tengah katil, sudahnya kami terpaksa bertungkus lumus menegakkan katil tu semula...

Setelah selesai segalanya, kami pulang ke batu pahat, epul ikut...dia xblh projek lg sebab katil xkuat. dah bengkok...hahahaha. Sesuatu yang lebih membuatkan aku geram, selamba je epul kata..."Daus, esok ko la pengapit aku!"...pehhhh. aku dh la penakut, cepat berpeluh, xensem, baju melayu bawak selai jek..itupn dh pakai malam tu...terpaksa esok pakai semula. dah masuk dlm kemera baju yang sama...takut plak lagi. epul-epul....nasib baik ko kawin sekali jek. kalau banyak kali naya la aku...

cukup la sampai sini...malas pulak nak ceritakan kisah sanding...macam xabis2.

Shaiful dan Norain.
Mereka sahabat yang umpama saudara sedarah denganku...
Mereka pasangan yang ke3 terhebat selapas mak pak dan akak aku..
Aku menikmati perkahwinan mereka seikhlas hatiku..
Semoga kalian berdua berbahagia sepanjang waktu..
Tiada hadiah dariku, sejak hari kawin mahupun ulang tahun mu..
namun doa buat kalian xpernah lekang dr bibirku..

Selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang pertama.
Tahniah...

Bersabarlah wahai hati...

Standart biasa tengah malam ketika hati aku berdebar, mesti aku datang mood nak menulis...

Tapi tak tau mana nak mulakan, sila ikuti dengan sabar ye...

Allah berfirman di dalam Surah Ar-Rahman ayat 70-78.
70. Didalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik dan jelita.
71. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
72. Bidadari-bidadari yang di pelihara di dalam khemah-khemah.
73. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
74. Mereka sebelumnya tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin.
75. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
76. Mereka bersandar pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani indah.
77. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
78. Mahasuci nama Tuhanmu Pemilik Keagungan dan Kemuliaan.

Hatiku sedang bergelora, fikiranku sedang melayang entah ke mana. Apabila memikirkan nasib diri, kesuntukan masa, tiada rezeki, jodoh, ilmu dan pelbagai perkara yang menyerabutkan, aku hampir hilang pedoman. Ingatan dari guruku, mengatakan mengadulah pada Allah SWT. Jika kita nak mengadu dan bercakap dengan Allah, dirikanlah solat. Jika kita ingin mendengar kata-kata dari Allah, maka bacalah dan hayatilah Al-Quran. Jika inginkan panduan maka amatilah hadis dan sunnah dari Rasullullah SAW.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?", apa itu nikmat? Adakah nikmat bererti perkara-perkara yang hanya menggembirakan? Adakah kita pernah terfikir yang perkara buruk juga ada nikmatnya?

Dikurniakan kecantikan itu NIKMAT, dihadiahkan kegembiraan itu NIKMAT, berjaya dalam usaha itu NIKMAT. Bagaimana dengan kegagalan? Bagaimana dengan putus cinta? Bagaimana dengan penyakit? Adakah NIKMAT didalamnya?

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"
Tentulah itu juga nikmat. Allah hanya memberikan perkara yang baik-baik untuk kita, tetapi, sudut kebaikan itu perlulah kita cari sendiri. Antara contoh, kegagalan bercinta, NIKMATnya kita lebih berhati-hati dalam memilih cinta yang kemudian. Mendapat ruang dalam mencari rentak kehidupan yang baru. Dapat menginsafi beberapa perkara yang kita terlepas pandang...dan mungkin dengan kegagalan itu kita dapat mencungkil rahsia-rahsia yang tidak pernah kita ketahui sepanjang perkenalan kita.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"
Gembira itu nikmat, bersedih juga nikmat. Terpulang kepada kita mencari jawapan dari persoalan. Janganlah  dibebankan diri dengan permasalahan. Carilah jawapan, penawar dan kegembiraan dalam kedukaan.

TETIBA aku jadi macam bodoh dan tak tau apa lagi aku nak tulis. Maaf sampai disini dulu, mungkin jika ada idea dan kelapangan, aku akan mengulas tentang nikmat ini dengan lebih lanjut. Adakah kehilangan idea ini NIKMAT? barangkali kehilangan idea dan kata-kata ini berfaedah pada masa hadapan. Siapa tahu..kan?