Monday, November 14, 2011

Marilah berjemaah....

Dua tahun yang lalu aku membawa seorang pakcik kegemaranku, Tuan Shiekh Abu Bakar ke sebuah upacara pengebumian seorang saudara kami. Aku ditugaskan memandu kerana pakcikku ini bermasalah memandu pada waktu malam untuk perjalanan pulang. Sepanjang perjalanan kami melaksanakan solat jamak dan qasar secara berjemaah. Ketika perjalanan pulang sesudah melaksanakan solat maghrib di Johor bahru, kami berbual sepanjang perjalanan. Ikuti dialog pendek kami ini.

Pak Shiekh (PS) : Berapa dah umur kamu?
Aku (A) : 27 Ami (gelaran ini bermaksud pakcik, digunakan dalam keluarga sebelah ayahku. FYI gelaran ini juga yang anak buah aku gunakan untuk memanggilku).
PS : Ohhh... Muda belia lagi. Solat cukup tak? (pehhhh..kejam maut soalan dari dia!!!)
A : Ermmmm...ikut mood Ami. Kadang terjaga baik, kadang berterabur.. Maaf Ami..
PS : Orang muda...pemalas jaga solat. Muda susah mati eh? Tapi jangan terasa hati dengan teguran Ami ni   tau! Bukan nak marah, tapi sebagai peringatan dan tanggungjawab.
A : Tak apa Ami, tak marahpon. benda betul tu. Saya akan cuba perbaiki kelemahan diri.
PS : Nak Ami ajarkan satu ilmu matematik tentang solat untuk mudahkan kamu? Untuk mengejar balik semua solat yang kamu dah tinggalkan tu?
A : Nakkkk!!! (Aku excited giler...ada ilmu mudah untuk solat? boleh kejar balik semua yang tertinggal??? ada ker???)

PS : Bersolat berjemaah la jawapannya. Umur kamu 27 tahun, mudah sangat pengiraannya. Lepas ni kamu jangan tinggalkan solat berjemaah walau satu waktu sekalipon. Satu solat berjemaah memberi ganjaran 27 kali ganda. Setahun solat jemaah bererti kamu dah memiliki fadilat solat selama 27 tahun. Matematik untuk solat mudahkan?
A : A'ah..bunyik macam mudah jek. Tapi mampu ke saya?
PS : Kenapa tak mampu? Itu baru fadilat berjemaah. Tak dicampur pahala kamu orang muda yang sedang gigih bekerja, mendengar azan dan bergegas meninggalkan tugas demi solat. Tentunya lebih pahala.
A : Wahhh! Itu macam pahala tersembunyi..
PS : Allah SWT sangat mengasihi kita umat Nabi Muhammad SAW. Kita tak diberikanNya usia yang panjang seperti umat nabi-nabi terdahulu. Nabi Nuh AS sebagai contoh, memiliki usia ribuan tahun sedangkan Penghulu segala nabi iaitu nabi kita Muhammad SAW hanya berusia 62 tahun. Tetapi ganjaran yang kita perolehi mengatasi ibadah ribuan tahun umat nabi terdahulu. Ingat kisah Isra' mehraj?
A : Kisah tentang 50 waktu solat sehari semalam tu ke Ami?
PS : Ya! Kita dapat diberikan diskaun tanpa dikurangkan pahala! Tak puas hati lagi? Tapi cuba buat seupaya mampu sahaja. Zaman nabi setiap kali Bilal melaungkan azan, semua akan bergegas ke masjid bersolat. Kita juga sepatutnya begitu, tapi Allah memberi kelonggaran selagi dalam waktu. Masih boleh berjemaah, asal ada lebih dari seorang. Seorang imam dan seorang makmum. Ingat, boleh jadi berdosa kiranya ada 3 lelaki bersolat di tempat yang sama pada waktu yang sama tetapi tidak berjemaah.
A : Baik Ami. Terima kasih atas tunjuk ajar. Saya akan ubah pendirian diri lepas ni.

Dan setelah perbualan itu, aku sangat terkesan dihati. Umurku dibandingkan dengan solatku hanya setahun jaraknya? Maka aku cuba untuk berubah. Merapatkan diri dengan masjid sedaya mampu. Mencari masa berjemaah sambil melaksanakan tugasan harian. Sedikit hasil sebagai lambang kemajuan diri, aku berjaya membuang rasa kekok berada disamping warga-warga emas di masjid. Kerana itu aku berjaya menjadi bilal part time..

Kini...
Aku berada di Bandaraya Johor Bahru. Segala disini pantas, laju dan terkejar-kejar. Aku melakukan satu hijrah yang menarik. Meletakkan diri dalam kedudukan berjihad dengan caraku sendiri (MY Way..The Bentrish Way) FYI Tuan Shiekh Abu bakar juga seorang BENTRISH. Family name/ Sir name keluarga kami. Disini suasananya berbeza. Aku belum memiliki masjid kegemaran. Masjid berhampiran rumahku walaupun ber'ekon' belum dapat menambat hatiku. Ditambah masa kerja dan waktu kelas malam. Aku tak berkesempatan berjemaah di masjid melainkan di surau tempat aku bekerja, surau di KOMTAR JB tingkat 18 dan bersendirian dirumah.

Bertuahnya di kelas malam, aku memiliki seorang tenaga pengajar yang bernama Tuan Haji Sulaiman. Bezanya di kelas dialah guruku, tetapi ketika solat, katanya "saya dah mengajar kamu ilmu dunia, saya didepan kamu sentiasa, ketika solat saya ingin kamu didepan saya. Jadi Imam saya. Solat berjemaah kita pada hari pertama saya dah dengar bacaan solat kamu. Maka saya nak kamu sentiasa jadi imam setiap kali kita solat bersama. Ini dapat merapatkan hubungan kita dan kamu jadi kawan saya. bukan sekadar murid." Maka officially aku dah memiliki seorang makmum regular untuk waktu maghrib setiap malam yang berkelas. Agak pelik kaedah guru-guru sekarang mengajarkan? anak murid diberikan keyakinan ke depan.

Namun malangnya, pemerhatian aku menggambarkan ramai muslimin mengerjakan solat di surau-surau tanpa solat berjemaah (yang tak solat jangan kira la). Aku jadi keliru pada mulanya. Aku teringat kata-kata pakcikku, jika ada 3 orang bersolat ditempat yang sama pada waktu yang sama tetapi tidak berjemaah boleh jadi berdosa. Tetapi siapa yang nak mulakan? kenapa semua orang ambil tempat masing-masing dan bersolat sendirian? Tak ada ke orang yang nak ambil langkah menjadi imam. Kalau tiba-tiba aku Iqamah, sape yang nak ke depan menjadi Imam?

Setelah beberapa minggu menjadi imam kepada Tuan Haji Sulaiman, serta dengan latihan intensif berucap didalam kelas saban malam, aku menjadi lebih berani. Akhirnya setiap kali waktu solat, sekiranya ada yang mengambil wuduk bersamaku, terus aku menyapa, solat zohor/asar ke bang? Kita berjemaah ye..abang nak Imam atau saya? Saya? baik abang qamat ye.. Kemudian segalanya menjadi lancar. Bila yang lain datang, mereka terus menyertai kami kerana sudah ada imam didepan. Maka sekarang aku telah automatik dinaikkan taraf menjadi Imam Part Time di Surau Tesco Seri Alam dan Surau KOMTAR tingkat 18. Risau dengan perkataan Imam, Allah sahaja yang tau. Takut...YE!! Memang aku takut... Tapi nampaknya seseorang perlu kedepan untuk mendapatkan 27 kali ganda pahala.

Aku benar-benar berharap kisah ini tidak menjadikan aku berbangga, takut dan risau silih berganti ketika sedang aku menyiapkan entry ini. Jangan berlagak alim la daus, ko masih tertinggal solat satu dua waktu. Aduh...cuma bezanya tertinggal solat sekarang menjadikan aku panik dan geram pada diri sendiri. Berdosanya aku. Perlu lebih banyak berjemaah dan lakukan solat sunat sebelum nyawaku diambilNya.

Kawan-kawan pembaca, marilah kita bersama-sama melaksanakan solat berjemaah. Jadi Imam tak susah, sama macam solat sendirian. Semoga sedikit kisah hari ini dapat mengubah sesiapa diluar sana. Ampun maaf jika ada salah tafsiran aku disini...

Monday, November 7, 2011

Less is More...

SALAM Aidiladha buat semua umat Islam.

Kisah kali ini bukan tentang ibadah korban tentunya. Aku masih belum berkemampuan menulis sesuatau yang terlalu besar dalam bidang keagamaan. Lebih kepada penilaian diri sendiri dengan liku-liku hidup dan pengalaman yang telah, sedang dan akan aku lalui.

Sedikit itu banyak. Tidak melakukan apa-apa bermakna kamu telah memberi segalanya, It's all your effort, I do nothing but accompany you bermakna kamu meluangkan masa, bersusah payah dan memberikan senyuman yang pada si dia, itulah segalanya dan memang itu sahaja yang dia impikan dari kamu. 'Tak buat pape pon' bermakna kamu telah cukup melakukan segalanya....cuma itu berlaku tanpa kamu sedari.

Kata-kata diatas mungkin datang dari luar kotak pemikiran bagi orang yang menuturkan, tetapi pernahkah kita terfikir bahawa perbuatan kita yang kecil itu memberikan makna yang sangat besar bagi penerimanya? Walau jauh beribu batu, hilang dimata dihati jangan. Cukup mudah bagiku, andainya ada seseorang diluar sana boleh mengingati aku 2 minit sebelum tidurnya, itu bermakna aku diingati dan aku sangat gembira diingati. Andai ada sicantik manis sanggup meluangkan 2 jam masa bersamaku, gembira sepanjang minggu akan ku rasai... Andai ada sahabat-sahabatku mengkomen dengan hanya mengatakan "hahaha.." dlm wall facebook ku, aku akan tersenyum dan mengetahui bahawa sahabatku itu ambil berat tentang diriku.

Dalam menggembirakan seseorang, kita tidak perlu terlalu berusaha. Bagi ibu dan bapa, bukan wang ringgit yang dipinta, cukuplah panggilan telefon bertanyakan khabar dan pulang ke kampung menyambut takbir raya bersama-sama sudah cukup bermakna. Tak perlu hadiah yang mahal untuk menambat hati sigadis jelita, cukup dengan keikhlasan sebagai iringan. Derma kita sebanyak RM5 mungkin umpama RM5000 bagi sipenerimanya. Bagi aku, kamu tidak perlu bersusah-susah untuk berkawan denganku, cukup dengan 'hai' maka aku ini temanmu. Less is more, nothing means everything..

Aku sedang mengalamun ketika ini, maaf andai tulisanku terlalu sukar untuk difahami. Aku sedang berbahagia dalam dunia baruku ini. Penuh dengan ilmu dan setiap hari pengalaman baru buatku. Cuma kadang kala keletihan dan rinduku pada perkara lama membuat aku  sedikit kegelisahan. Namun itu hanya untuk sementara waktu. Bersempena Aidiladha yang dimuliakan Allah dan RasulNya ini, ingin aku nyatakan kepada semua teman-teman yang mengenaliku, andai kamu ingat tentang diriku...tak perlu buat apa-apa cukuplah dengan ingatan itu. Buat musuh-musuhku (kalau ada) dan buat bekas-bekas awekku (juga kalau ada), tak perlu di block facebookku, tak perlu diseksa dirimu, andai kamu membaca blog burukku ini, itu bererti engkau rindu padaku. Dan aku amat menghargai rasa rindumu...

Buat bakal awek baruku (tengah berusaha mencari lagi ni...) aku cuma perlukan sedikit sahaja feedback darimu, agar aku lebih yakin untuk terus memburumu...

Tuesday, November 1, 2011

KFC

Uniform terbaruku...

Dua bulan yang lalu di KFC mersing, aku sedang beratur menantikan giliranku. Aku memilih kaunter yang cashier tercantik antara yang ada. Sayangnya, kaunter itu sangat-sangat perlahan perkhidmatannya. Aku mula memikirkan tentang kata-kata kawanku bahawa yang cantik itu perlahan, yang cantik itu penyakit dan yang cantik itu sering mengecewakan. Namun setelah aku teliti cara pengendalian gadis kaunter itu, nampak jelas dia pekerja baru yang masih mencari rentak dalam tugasnya. Kena pulak dia dia melayan seorang pelanggan yang pelbagai macam permintaannya. Akhirnya tibalah giliranku.

"Selamat tengahari encik, makan disini atau bungkus?", sapa gadis itu. "Saya nak bungkus. Bagi saya cabonara satu bagedil lebih ye", selamba aku membuat tempahan. "maaf encik, itu semua tiada dalam menu. Boleh tukar order?", dia masih tersenyum walau tau aku bergurau. "ooo..tak ada ye, bagi snack plate satu, dengan nombor talifon awak sekali ye..", sekali lagi aku mencuba nasib. "Maaf encik, saya tak boleh beri. Encik jangan marah ye", katanya lagi. Penolakkan yang baik memberitahuku dengan jelas yang gadis ini baik, murah senyuman dan pandai mengawal diri. Aku tidak kecewa dengan penolakkan yang sebegitu lembut dan sopan. Lalu aku bertanya lagi, "Adik ni baru masuk kerja ya?, dah berapa lama kerja?". "hari ni hari pertama dan encik pelanggan ketiga saya. Maaf kalau layanan saya tidak bagus", dia memberitahu dengan jelas. Aku kagum dengan kesungguhannya, lalu berkata "Good luck ye adik. Banyakkan bersabar kerana 'The first day is always the taughest!!, tapi dengan kesabaran dan kesungguhan mesti boleh! Kata orang tua alah bisa tinggal biasa. Bertahan ye'. "Terima kasih encik, saya akan ingat pesanan encik. Pertama kali orang yang saya tidak kenali mengucapkan kata-kata peransang semangat. Ini bungkusan encik, ada apa-apa lagi tambahan order?", dia menjawap. "Itu sahaja", jawabku sambil berlalu pergi dengan segera kerana barisan semakin panjang dibelakangku.

Hari ini hari bersejarah buatku, tanggal 1 nov 2011 hari pertama aku bertugas di KFC Tesco, Bandar Seri Alam, Masai. Pada awalnya aku diberitahu akan bertugas sebagai cashier seperti awek yang aku ceritakan tadi. Ohhh..mungkinkah aku sehebat gadis itu, atau mungkin aku lebih teruk? Pagi tadi aku mula bertugas, 'Punch Card' jam 7 pagi. Aku diubah tugas kepada tukang goreng yang bertugas didapur untuk menggoreng ayam dan lain-lain pesanan. Agak kecewa, tetapi memikirkan yang aku perlukan tugas tanpa tekanan berfikir yang banyak, membuat aku kembali ceria. Suasana ruang kerja yang kelihatan seronok serta pengurus yang ceria membuat aku turut gembira. Adakah aku juga akan memiliki kata-kata peransang semangat dari orang luar? Aku belum pasti, tetapi terima kasih aku ucapkan kepada keluargaku yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk aku lebih berjaya. Terima kasih atas ucapan maju jaya dari kawan-kawanku di telefon, di facebook dan semua yang mendoakan aku. 

Siang aku bekerja, malam masuk ke kelas kursus pemandu palancong IPPJ di KOMTAR dan hujung minngu outing bersama rakan sekelas dan pensyarah. Kesibukan bandaraya Johor Bahru makin terasa. Semoga aku memiliki kecekalan, kesungguhan dan kesabaran demi kemajuan. Rabbi Yassir Walla Tuassir...permudahkanlah segalanya buat diriku Ya Allah, aku hanya insan kerdil yang tiada nilai berbanding dengan kebesaranMu. KepadaMu aku berserah, kurniakanlah rezeki dan ilmuMU yang tiada taranya buat diriku. Amin Ya Rabbal Alamin...