Saturday, September 29, 2012

Kembali semula ke KFC

Pada 25hb September 2012 aku telah kembali menyarung semula uniform KFC dan kembali bertugas di KFC TESSA sebagai pekerja part-time. Seperti dahulu aku diberikan jawatan yang sama, seorang cook dengan bayaran yang sama dan waktu bekerja yang sangat fleksibel, sesuai dengan permintaanku. Terima kasih aku ucapkan kepada manager KFC TESSA (Sir Hairul) yg sangat-sangat memahami kerjaya dan matlamat aku. Beliau tidak pernah berkira dan tidak pernah bising-bising walau aku lebih banyak bercuti dari bekerja. Kawan-kawan setugas masih ada yang kekal membuatkan aku tidak kekok dan senang hati ketika pertama kali bertugas sesudah sekian lama menghilang.

Sebenarnya bekerja di KFC ini, memberikan kelebihan dan pengalaman. Awalnya aku memilih pekerjaan ini kerana aku memerlukan wang saku, menggunakan sedikit masa terluang untuk mencari wang tambahan dan paling penting mendisiplinkan diri agar sentiasa bangun awal untuk bertugas, bekerja dengan tekun dan malamnya belajar di IPPJ dalam mengejar impian menjadi Tourist Guide terbaik di Johor. Tetapi situasi kali ini berbeza, aku bukan lagi student seperti dulu. Aku telah lulus peperiksaan TG, namun aku masih belom mendapat batch/lesen yang aku idamkan. Untuk Kementerian Pelancongan Malaysia menyediakan Lesen Pemandu Pelancong memerlukan sedikit masa dan prosedur.

 Sementara menantikan lesen siap, dan sementara nama aku sebagai pemandu pelancong dikenali, aku perlu bekerja bagi menampung kehidupan. Alhamdulillah, sebuah syarikat ajen pelancongan bernama BT TUNE HOLIDAYS & SERVICES SDN BHD telah membenarkan aku menjadi staff tidak rasminya tanpa terikat dengan aktiviti syarikat. Aku dibenarkan bernaung dibawah syarikat itu sebagai freelance TG, menjadikan syarikat itu 'base' sebagai pejabat urusanku. Ini bermakna aku boleh menggunakan semua kemudahannya seperti fax, internet dan meja pejabat. Cuma sayangnya syarikat ini tidak mampu menggajikan aku, kerana ia hanya sebuah syarikat kecil yang baru ditubuhkan. Kebetulan aku tidak mahu terikat dan ingin berstatus 'FREELANCE', terikat dengan sesebuah syarikat bermakna aku tidak bebas dalam memilih tugasan TG, sebagai freelance aku bebas memilih tugasan mahupun menolak tugasan. Aku memikirkan KFC lebih sesuai jika aku ingin menjadi TG, sebelum bergelar TG aku masih perlu mengikuti beberapa latihan praktikal dan outing bersama kementerian. Pekerjaan lain akan menyukarkan aku keluar outing, nak mintak kerja susah...kalau dah mulakan kerja baru bukan senang nak mintak cuti. Disnilah kelebihan KFC, mereka menyediakan jadual tugas mengikut kehendakku dengan syarat aku berdisiplin dan sentiasa memberitahu lebih awal tentang urusan lainku. Selain itu KFC ada staff meal, jimat sikit belanja makan tenghari aku.

Tugasku di KFC bermula jam 7 pagi dan pulang selepas jam 3 petang. Bekerja dari isnin hingga khamis. Hari jumaat dan sabtu aku akan meluangkan masa dipejabat BT Tune Holidays. Jadi hari minggu aku dapat dedahkan diri dalam dunia pelancongan. Sekiranya ada kerja tambahan dapatlah aku laksanakan. Mudah untuk pulang bercuti dikampung dan mudah untuk mengikuti latihan TG dari kementerian. Sememangnya aku jenis liat untuk menunaikan solat subuh, kelemahan yang sentiasa aku akui. Dengan perlunya bertugas pada jam 7 pagi, aku dapat mendisiplinkan diri untuk bangun seawal jam 6 pagi, bersiap dan bersolat subuh lalu keluar bertugas. Selalunya jika subuh dapat dilaksanakan, maka pastinya solat 5 waktu lebih mudah dicapai...Alhamdulillah.

Satu masa dulu, ada seorang teman yang tak berapa rapat denganku telah mengatakan sesuatu yang amat pedih didengar. Dia ni anak keluarga berada barangkali, dengan selamba dia menyapa aku dengan kata-kata "kau ni daus, bodoh ke apa? Kerja KFC aje yang kau pilih? Bangga pulak dengan kerja tu? Oiiii..orang lain kerja yang lagi baguslah, baru boleh bangga!!", aku sedih mendengar pandangannya. Wahai sahabat, anda tidak betul-betul mengenali diriku. Aku memang berbangga bekerja di KFC, kerana aku memiliki gaji yang halal, kawan-kawan muda, semangat yang kental dan banyak lagi keistimewaan lain. Yang paling aku banggakan bukanlah gaji yang kecil itu, tetapi aku BANGGA pada diri aku yang mampu melakukan 2 tugas dalam satu masa. Aku bekerja lasak sebagai tukang masak KFC dipagi hari dan mengikuti kelas diwaktu petang hingga ke lewat malam. Pulang dari kelas aku terpaksa membuat banyak bacaan kerana sebagai TG aku perlu berilmu. Aku turut bangga kerana aku masih dikurniakan oleh ALLAH SWT dengan kesihatan dan kekuatan untuk melakukan perkara ini. Aku juga bangga kerana dapat bergaul dengan kawan-kawan kerja yang muda..ada antara mereka berusia separuh dari umurku. Aku diterima dengan baik walau aku lebih tua dari assistant manager KFC TESSA. Mereka hormat padaku dan memanggil aku abang, ada yang tidak percaya bila aku katakan pada mereka aku telah berusia 30 tahun..mereka sangkakan aku berusia dalam 24 tahun..ternyata aku masih kelihatan muda...alhamdulillah.

Wahai teman, memang bekerja di KFC kadangkala lasak dan memenatkan. Menjadi cook perlu berbadan besar dan kuat kerana perlu mengangkat ayam-ayam yang berat. Pernah beberapa kali tangan aku ini terlecur akibat cuai semesa memindahkan minyak panas. Namun, itu semua rencah hidup sebagai anak orang sederhana yang tidak mahu terlalu membebankan keluarga. Aku tidak sepertimu...hidup tanpa kerja, hanya jalan-jalan dan meminta-minta wang saku dari ayah ibu yang telah tua. Aku tiada kereta sepertimu, tiada awek 'cantik' yang ber'kos' tinggi seperti awekmu, tiada kehebatan, keanggkuhan dan keegoan tinggi sepertimu. Aku hanya anak kampung yang melakukan hijrah demi mengejar masa depan yang lebih baik. Namun aku yakin aku lebih baik dari kamu, lebih bijak dari kamu, lebih lasak dari kamu, lebih hensem dari kamu malah lebih segala-galanya dari kamu. Aku telah buktikan dengan peperiksaan TG kita, aku LULUS manakala kau yang 25jam FREE, GAGAL! Kalau aku ada wang dan masa sepertimu, tentunya aku lebih hebat dari sekarang....

Surah Luqman ayat 18 bererti: Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membangga diri.

Inilah cerita tentang hidupku dikala ini. Masih belum mencapai cita-cita namun sentiasa bersedia dengan apa sahaja kemungkinan. "RABBI YASSIR WALLA TUASSIR, RABBIL TAMMIM BIL KHOIR.." Permudahkanlah urusan ku ini Ya Allah, permudahkanlah jangan Engkau sulitkan..  Ampunilah dosa-dosaku, ampunilah dosa kedua ibu bapa ku, sayangilah mereka, kasihanilah mereka dan cintailah mereka sebagaimana mereka menyayangi dan mengasihi aku sejak aku masih kecil. Semoga kita sentiasa menjadi insan yang lebih baik dari hari ini....dan esok lebih baik dari hari ini serta hari-hari kemudian lebih baik dari hari ini.

Saturday, September 8, 2012

The GBS Team..

Musim percutian kembali lagi. Entry kali ini adalah pengenalan serba sedikit tentang sebuah pasukan pengembaraan berbajet kecil yang sangat aktif menakluki pusat pelancongan didalam negara dan negara-negara serantau ASEAN yang berdekatan.

The GBS Team
Merupakan singkatan kepada pasukan Geng Bas Sekolah yang mana kebanyakkan dari ahli utamanya merupakan sahabat sejak dari zaman persekolahan.
Pasukan ini ditunjangi oleh 7 orang ahli utama. Setiap mereka memiliki tanggungjawab, tugasan dan peranan masing-masing.
Nama Kumpulan : The GBS Team
Jumlah Ahli : The Core 7 orang
                    The Wonder Boyz 5 orang
                    The Fellowship 6 orang.
Tempat Telah DiLawati : 1. Pulau Tioman (Ogos 2010)
                                      2. Taman Negeri, Selendang, Rompin, Pahang (2 kali)
                                      3. Krabi, Thailand (Mei 2011)
                                      4. Bali, Indonesia (okt 2011)
Next Destination :   1. Saigon, Ho Chi Min, Vietnam (0kt 2012)
                              2. Mabul Island, Sabah.
                              3. Bandung, Indonesia.
                              4. Phuket, Thailand.
                              5. Universal Studio of Singapore.
                              6. Legoland Malaysia, Nusajaya, Johor.
Tagline : Jom enjoy dengan kitorang!!!
Aktiviti : 1. Travel
             2. Enjoy
             3. Shopping
             4. Makan
             5. Tidur
             6. Mandi (pool/sungai/laut)
             7. Games-Pertandingan kad colet (mencari RAJA LENGIT sejati)

Sedikit penerangan pasukan, The Core ialah teras utama dengan 7 ahli, manakala The Wonder boyz pula adalah 5 orang ahli lelaki didalam The Core itu tadi yang perasan dan suka bergambar seperti mereka artis korea yang kurus-kurus (hanya mereka yang menyertai pertandingan kad colet RAJA LENGIT yang akan diterangkan dengan lebih detail kemudian nanti), manakala The Fellowship pula merupakan beberapa ahli pasukan yang tidak berapa aktif dan hanya mengikuti satu atau dua percutian sahaja.
THE WONDER BOYZ

Pangkat : General
Nama Gelaran : THE ORGANISER
Nama Facebook : YernDa Fahmy
Semangat Melancong : ****** 6 stars (tak pernah miss pergi dan merancang)
Kelebihan : Rajin, cekal, gigih, bersemangat dan selamba.
Kelemahan : Tak tahan sejuk dan kuat shopping.
Status : Berkahwin (kepada The Photographer)
Wanita besi ini mempunyai tenaga tanpa had walau dengan tubuh yang begitu kecil. Dialah perancang utama dalam setiap pergerakan The GBS Team. Tugas beliau selain dari perancang turut merangkumi tempahan tiket penerbangan, bilik, transport, penukaran mata wang dan makanan. Beliaulah segala-galanya bagi GBS, tanpa beliau tiadalah pasukan ini.
Pangkat : Deputy General
Nama Gelaran : THE PHOTOGRAPHER
Nama Facebook : Fahmi Aziz
Semangat Melancong : ***** 5 stars (tak pernah miss pergi)
Kelebihan : Photographer Profesional.
Kelemahan : Kuat Kentot.
Status : Berkahwin (kepada The Organiser)
Raja Lengit : 1 Kali (di Krabi, Thailand dari Mei 2011 hingga  Oct 2011)

Walau hanya berpangkat Deputy General, namun beliau merupakan suami kepada The Organiser. Tugas utama beliau ialah menjadi 'CETI', pemungut wang simpanan untuk penerbangan dan pakej lawatan setiap ahli pasukan yang berminat. Beliau sangat komited menjalankan tugas hinggakan sesiapa yang tidak membayar akan teruk dikutuknya. Beliaulah watak utama yang menjadikan semua photo The GBS Team kelihatan sangat cantik dan menarik walau kebanyakkan ahlinya 'BURUK'.

Pangkat : Chif Sarjen
Nama Gelaran : TUKANG KARUT
Nama Facebook : Firdaus Bentris
Semangat Melancong : ***** 5 stars (tak pernah miss pergi)
Kelebihan : Berpengetahuan luas tentang pelancongan dan memiliki rangkaian sahabat yang baik.
Kelemahan : Kuat Merepek.
Status : Bujang/Single and Available.
Raja Lengit : Masih suci dari gelaran.

Tukang karut yang sentiasa menghangatkan suasana. Tugasnya mudah, hanya membakar line, membuat jemputan dan mengada-adakan propaganda seolah-olah setiap percutian terlalu hebat dan menarik sehinggakan sesiapa yang tidak dapat menyertai akan berasa kerugian yang teramat teruk. Beliau juga sentiasa melakukan perbincangan dengan The Organiser tentang pilihan jadual dan booking perjalanan.
Pangkat : Sarjen.
Nama Gelaran : SUPER GAGAH
Nama Facebook : En Ejai
Semangat Melancong : ***** 5 stars (tak pernah miss pergi)
Kelebihan : Memiliki gaya kegagahan yang macho, tegas dan garang yang tidak dapat ditandingi.
Kelemahan : Suka menjimatkan tenaga dan kekurangan bajet.
Status : Bujang/Single but NOT AVAILABLE.
Raja Lengit : 1 Kali (di Bali, Indonesia dari Oct 2011 hingga  Oct 2012)
 Tanpa beliau kami ketakutan, dengan adanya beliau kami berasa selamat. Gaya gagahnya(dalam gambar) telah diambil dipelbagai ceruk rantau negara Asia Tenggara. Semangat melancongnya tidak pernah padam walaupun terpaksa berikat perut mengumpul wang. Semangat juang itu tidak dapat ditandingi dan sentiasa dihormati.
Pangkat : Lans Koperal.
Nama Gelaran : MAT OVER
Nama Facebook : En NazGul
Semangat Melancong : ***** 5 stars (tak pernah miss pergi)
Kelebihan : Bijak menyelesaikan masalah.
Kelemahan : Kuat Kentot.
Status : Bujang/Single and Available.
Raja Lengit : Masih suci dari gelaran.

Tanpa beliau kurang meriahnya. Tanpa beliau kurang serinya. Tanpa beliau kurang hilai tawanya. Namun, tanpa beliau udara persekitaran mungkin lebih bersih dan segar untuk disedut. Inilah watak yang sering menyakat dan mencabul tourist guide, driver, hotel receptionist malah pelancong lain turut disakatnya. Beliau mampu kentut lebih banyak dan lebih busuk dari The Photographer dan mampu merepek lebih karut dari Tukang Karut. Beliau merupakan lambang keriangan The GBS Team.
Pangkat : Lans Koperal.
Nama Gelaran : MR COOL
Nama Facebook : Shaiful Salim
Semangat Melancong : ***** 5 stars (tak pernah miss pergi)
Kelebihan : Cool giler...apapun terjadi beliau tetap maintain cool.
Kelemahan : Asyik kalah main kad.
Status : Berkahwin (suami kepada Budak Ayu).
Raja Lengit : 1kali (Raja Lengit yang pertama miliknya di Pulau Tioman).

Watak hensem yang sentiasa cool ini merupakan pak turut yang terbaik. Bergaya seolah-olah beliau anak panah yang di acu busurnya, ke mana dihala ke situlah tujunya. Setiap kali ekspidisi ke luar negara, beliau akan menjadi tuan rumah dan menjadikan rumahnya pusat transit penerbangan kami.
Pangkat : Koperal.
Nama Gelaran : BUDAK AYU
Nama Facebook : Norain Salehan
Semangat Melancong : **** 4 stars (miss sikit jek)
Kelebihan : Ikut ke mana saja arah kaki suaminya.
Kelemahan : Tidak suka merepek, tidak suka kentot tetapi terlalu suka bershopping.
Status : Berkahwin (isteri kepada Mr Cool).

Tugas beliau mudah, meneutralkan semua gambar The GBS Team agar menjadi cantik dan hebat dengan kelebihan photogenik yang beliau miliki. Nak diharapkan semua ahli yang lain, semuanya kelihatan mengerikan. Mendapat pangkat koperal kerana sering menuruti perjalanan suami. Ahli pasukan yang baik, cuma perlu belajar untuk lebih merepek, mengarut dan mencarut. Hahahahaha...

THE FELLOWSHIP pula semuanya berpangkat PREBET. Antara mereka ada yang memiliki 3 stars hingga 1 stars. Gambar bersendiri mereka tidak dapat dipaparkan kerana kurangnya penglibatan mereka hingga kurangnya gambar mereka diambil. Namun pembaca masih boleh melihat mereka di galeri gambar yang dilampirkan di penghujung entry ini.

Prebet merupakan ahli pasif dalam The GBS Team. Bukan bererti mereka tidak berminat, tetapi komitmen mereka menyukarkan keadaan untuk menikmati percutian. Namun The Core sentiasa mempelawa, mengajak dan mengharapkan semua ahli The Fellowship dapat menyertai percutian dengan lebih aktif.

RAJA LENGIT
Merupakan gelaran kepada ahli The Wonder Boyz yang kalah didalam permainan kad colet pada pusingan terakhir disaat terakhir ketika aktiviti percutian berlangsung. Selalu menang dan dengan sekali kalah sahaja (seperti yang terjadi kepada The Photographer) boleh menjadikan pemain itu mendapat gelaran Raja Lengit. Permainan bermula sejak dari Malaysia lagi dan ia akan berakhir dimana-mana sahaja ketika pusingan terakhir berlangsung di tempat lawatan. Pusingan terakhir itu bergantung kepada masa dan keadaan permainan. Title Raja Lengit ini terpaksa disandang sehingga tiba ke percutian akan datang. Sesiapa pemegang title yang tidak mengikuti percutian seterusnya akan terus memegang title sehingga beliau kembali semula mengikuti. Setakat bulan Sept 2012, hanya Tukang Karut dan Mat Over masih suci dari mendapat gelaran Raja Lengit.

Semua ahli The Wonder Boyz sedang bersiap sedia fizikal dan mental demi menghadapi cabaran mengelak untuk mendapat gelaran Raja Lengit terbaru yang bakal berlangsung 13 Okt 2012 mendatang.

Disini disertakan beberapa gambar kenangan manis The GBS Team sebagai iklan penghangat suasana. Sesiapa yang berminat untuk menyertai kami boleh menghubungi kami di Facebook. Ciri-ciri ahli yang kami cari mestilah sporting, happy go lucky, penyabar, berpendirian teguh, mempunyai bajet dan bersedia mengumpul serta redha pada kekurangan ahli yang lain.













































































IKLAN

BT TUNE HOLIDAYS & SERVICES SDN BHD (KPL/LN 6735 Co.No.947974-P)
No.178-01, Jalan Layang 16, Taman Perling, JB.
HP: 013-77711122 (Firdaus) 07-2414885 (office)
Email: btholidays@gmail.com
Blog: bttuneholidays.blogspot.com

MENAWARKAN:
Pakej percutian dalam dan luar negara dengan harga bajet dan berpatutan.

  • Universal Studio of Singapore dari RM205 per pax
  • Legoland Malaysia, Nusajaya, JB dari RM110 per pax
  • Guangzhou/Shenzen dari RM2,300 per pax
  • Seoul, Korea dari RM3,900 per pax
  • Phnom Penh dari RM2,300 per pax
  • Kota Kinabalu, Sabah dari RM390.00 per pax 
  • Kuching, Sarawak dari RM360.00 per pax
  • Pulau Tioman, Pahang dari RM310.00 per pax

Turut menyediakan perkhidmatan:
  • Sewa bas persiaran, van, kereta, MPV dan 4x4.
  • Transfer ke Resort World (Pulau Sentosa), airport transfer.
  • Tempahan tiket penerbangan domestik & luar negara.
  • Singapore City Tour.