Wednesday, October 3, 2012

Happy birthday Najwah....








Kehadapan Adindaku Wawa,

Ehhhhhhhhh...adik aku dah besarlah harini. Akupun xpasti berapa umur dia waktu gambar ini diambil. Aku amik dari pasport kami masa kecil dulu. Harini merupakan sambutan hari lahirnya yang ke2x, dia tidak secomel dulu, dia tidak setembam dulu, dia tidak sewangi dulu dan dia tidak boleh dipeluk, dicium dan digomol seperti waktu gambar ini dirakamkan. Namun dia semakin cantik, semakin bergaya dan sentiasa wangi berbanding dulu...

Wawa,
Selamat menyambut hari lahir ke2x, Abang Aus doakan kejayaan dan kebahagiaan Wawa dunia dan akhirat. Kita memang jarang buat sambutan hari jadi...kan? Kak Idah je yang suka menyambut..sebab masa kecil takde sape nak layan birthday dia. Tapi hari ni kita jauh, jadi takdelah kek, takdelah hilai tawa..dan takdelah perangai pelik dari adik kita Nabil yang sangat suka buat tarian melampau baru-baru ni.

Wawa,
Peningkatan usia perlu diselaraskan dengan pengalaman dan kematangan. Bersyukur kepada Allah SWT atas kurniaan umur yang diberikan. Sentiasa berdoa kepada Allah agar dipanjangkan usia kita didalam iman. Ingat pesan Abang Aus yang ikhlas ni, jangan tinggal solat, jangan lupa mendoakan Mummy dan Abah, jangan lupa doakan kebahagiaan adik beradikmu, jangan lupa doakan kejayaan anak buah kesayangan kita. Marilah kita bersama-sama belajar dan mengharungi lumrah kehidupan yang berliku, penuh dengan hilai tawa gembira dan kadang kala diselit dengan sedikit dugaan.

Wawa,
Berdoalah..

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan ampunilah dosa kedua ibubapaku, sayangilah mereka, kasihanilah mereka dan cintailah mereka sebagaimana mereka menyayangi aku seumur hidupku. Rahmatilah mereka dengan iman dan berikanlah aku peluang untuk membalas jasa-jasa mereka. Rahmatilah hidupku dan panjangkanlah usiaku dalam iman. Sesungguhnya Engkau tuhan yang maha pengasihani.

Belajar dengan rajin...pastikan lulus dan graduate dengan cemerlang. Doa keluarga untuk kejayaan Wawa selama-lamanya. I love You my dear sis...love you so much. Once again...Happy Birthday!!!

                                                                                                                                   With love,
                                                                                                                                    Abangmu.


No comments:

Post a Comment